Pelumba berusia 18 tahun itu yang baru memenangi pingat emas acara kejar-mengejar individu remaja pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2018 berkata pelbagai peluang untuk memperbaiki prestasi perlu diberikan kepada pelumba muda.

"Pengalaman  itulah  yang mematangkan setiap atlet dan digunakan untuk meningkatkan lagi prestasi. Saya tidak ingin lagi toleh ke belakang dan peluang adalah apa yang saya perlukan untuk lebih ke hadapan," katanya.

Katanya, tindakan dan usaha dalam menghasilkan pelumba tempatan yang berkemampuan menyaingi pencabar elit antarabangsa perlu digandakan memandangkan usaha berprestasi tinggi sedang dipergiat negara-negara lain termasuk negara kuasa besar sukan itu.

Beliau menjadikan kebangkitan negara seperti India yang berjaya menarik perhatian ramai penggiat sukan tersebut pada kejohanan yang memasuki edisi ke-38 itu sebagai contoh. - Bernama