Zulfadli digantung selama 20 tahun berserta denda USD 25,000 (RM98,000) sementara Chun Seang berdepan penggantungan 15 tahun dan denda USD 15,000 (RM58,900).

Kedua-dua pemain berkenaan menghadiri perbicaraan yang diadakan di Singapura Februari lalu selepas BWF menerima laporan berhubung skandal tersebut.

Penggantungan tersebut bermula dari 12 Januari tahun ini, iaitu ketika mereka berada di bawah penggantungan sementara. - K! ONLINE