Ziana yang berjubah hitam tampak tenang sewaktu talak dilafazkan dilihat mengalirkan air mata sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar mahkamah.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dengan baik dan segala urusan dipermudahkan untuk pihak saya dan dia juga.

“Buat masa sekarang saya masih belum terfikir apakah perancangan saya seterusnya. Mungkin selepas perasaan bercampur baur ini reda barulah saya akan memikirkan hal tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas selesai sebutan kes.

Dalam pada itu, pelantun lagu Berpisah Jua itu juga memberitahu dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas suaminya dan hanya mahu memikirkan yang terbaik untuk anak-anak.

“Saya sudah lama memaaafkan dia kerana saya sejenis yang tidak pandai menyimpan perasaan marah terhadap orang.

“Saya berharap selepas ini semuanya akan lebih baik untuk kami berdua demi anak-anak,” jelasnya lagi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 ini bersetuju berpisah selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga. - K! ONLINE