Ziana dipercayai memuat naik petikan kata-kata itu bagi menggambarkan perasaannya ketika ini.

“Jangan menghakimi kehidupan saya jika anda tidak berada di tempat saya,” petik Ziana di Instagramnya.

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 8,000 ‘like’ selain menerima kira-kira 400 komen yang rata-ratanya mahu pelantun lagu Madah Berhelah itu supaya bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Armin ditahan polis pada 2 Mac lalu susulan laporan polis yang dibuat oleh Ziana berhubung kes itu di Balai Polis Bukit Jelutong pada 27 Februari lalu.

Ziana yang popular menerusi filem Sembilu itu berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18; Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. - K! ONLINE