The Asian Banker, yang berpangkalan di Singapura dan menjalankan aktiviti memfokuskan penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.

Dalam kenyataan hari ini, The Asian Banker berkata, anugerah diberikan pada majlis yang berlangsung di Aman Summer Palace di Beijing, China itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.

"Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016," menurut The Asian Banker. - Bernama