Ini kerana katanya, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.

"Selagi beliau tidak menimbulkan masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastautin tetap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pendakwah bebas itu akan dihantar pulang ke India atau kekal di Malaysia.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Terdahulu, Dr. Mahathir yang juga  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. - Bernama