Program yang bertajuk My Little Heroes-Yusuf & Bujibu, bakal menampilkan kehidupan seharian Yusuf bersama Bujibu yang sudah dianggap seperti adik-beradik oleh Hanis dan Hairul sendiri.

Rancangan ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti menarik Yusuf bersama Bujibu serta perkongsian tips mengenai penjagaan anak kecil oleh Hanis dan Hairul yang dipraktikkan oleh mereka berdua selaku ibu bapa.

Yusuf,2, yang mempunyai dua juta pengikut laman Instagram mula mencuri perhatian peminat sejak dilahirkan Jun tahun lalu dan pernah membintangi program realiti bersama ibu bapanya sebelum ini bertajuk HairulHanis Junior.

My Little Heroes-Yusuf & Bujibu akan mula bersiaran mulai 31 Januari ini, setiap hari Rabu pada pukul 10 malam. - K! ONLINE