Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, yayasan pendidikan itu bertanggungjawab menyediakan kemudahan boleh ubah kepada biasiswa buat ahli koperasi dan anak-anak mereka melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi dalam negara.

“Pinjaman pendidikan itu merangkumi pembiayaan bagi melanjutkan pengajian secara sepenuh masa, separuh masa selain pengajian jarak jauh (PJJ) sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD).

“Kami juga akan menukarkan pinjaman pelajar kepada biasiswa sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang sebagai langkah memberi motivasi untuk terus mencapai gred terbaik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Yayasan Angkasa, Mutadho Bahri, Naib Presiden Angkasa, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Ahli Lembaga Yayasan Angkasa, Datuk Md. Yusof. - K! ONLINE