Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Permatang Gading, Pasir Puteh di Kelantan itu kini masih menerima rawatan di Hospital Temerloh di sini.

"Dia belum sedarkan diri dan masih dirawat di wad kecemasan Hospital Temerloh. Kami menyeru semua pihak mendoakan keselamatan beliau," ujar sumber itu sambil memberitahu enggan mengulas lanjut.

Abu Zarin yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini terkenal dengan gelaran 'Wira Penyelamat' berikutan kecekapannya mengendalikan kes ular berbisa.

Difahamkan, kali terakhir Abu Zarin dipatuk ular berbisa ialah di Johor pada tahun lalu dan kejadian semalam merupakan kali ke-11 dia diserang reptilia berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu. - K! ONLINE