Perenang berusia 21 tahun tersebut mengatasi rekod miliknya yang dicipta tiga tahun lalu di Kejohanan Terbuka Malaysia dengan catatan 8 minit 12.46 saat.

Meskipun memecah rekod kebangsaan, atlet kelahiran Sarawak itu menamatkan saingan di kedudukan terakhir.

Bintang China yang juga juara dunia dan Olimpik, Sun Yang muncul juara dengan catatan 7:48.36s.

Jurulatih negara, Paul Birmingham percaya Welson berpeluang menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun dalam acara renang dalam acara kegemarannya 400m gaya bebas.

"Welson mampu membawa pulang pingat esok sekiranya dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang juga miliknya iaitu 3:49.48s dan ketika ini catatan terbaiknya ialah 3:49.65s," katanya. - K! ONLINE