Beliau yang menaiki kereta jenis Toyota Camry berwarna putih itu dilihat memasuki pekarangan Bukit Aman pada pukul 8.05 malam tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu, Waytha dipanggil untuk merakamkan keterangan membantu siasatan  mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, jumlah individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam insiden berkenaan adalah seramai 83 orang. - K! ONLINE