Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ia memandangkan pihak Waytha sudah meminta sesi tersebut ditangguhkan beberapa kali.

“Jika tiada sebarang perubahan, keterangannya akan dirakamkan pada hari ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Unikop di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan beliau akan hadir untuk memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Akhbar Kosmo! pada 24 November lalu melaporkan polis akan memanggil sembilan individu termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Waytha Moorthy bagi memberikan keterangan berhubung isu tular di media sosial baru-baru ini yang menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat.

Individu lain yang turut dipanggil adalah Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah, Pengerusi Gabungan 3, S. Ragvinder, Timbalan Pengerusi Gabungan 3, Amran Ahmad Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, ADUN Tras, Chow Yu Hui, Lau Shan Thean dan Muhamad Edi Mohamad Riyars atau Edi Rejang. - K! ONLINE