Malah SSM turut menerima satu aduan mengenai pengadu menerima panggilan scam daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai SSM.

"Individu yang menyamar sebagai 'pegawai' SSM' ini mendakwa pengadu memiliki sebuah syarikat yang terlibat dalam kes mahkamah dan meminta wang daripada pengadu untuk menyelesaikan kes tersebut.       

"Bagaimanapun, pengadu tersebut sangsi serta segera membuat semakan dengan SSM dan mendapati syarikat itu tidak wujud," kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan boleh merujuk SSM dengan menghubungi mana-mana pejabat berhampiran atau membuat aduan di laman sesawang rasmi ssm.com.my selain menghubungi nombor hotline 03-2299 4400. - Bernama