Bekas Perdana Menteri itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes skandal rasuah bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn. Bhd.

Difahamkan, Najib akan tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi.

Najib akan didakwa lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan SRC International Sdn. Bhd.

Bekas Menteri Kewangan itu ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini dan terpaksa bermalam di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - K! ONLINE