Beliau berkata, konsep 'Awang Selamat' ini menyentuh sikap bersedia dalam apa jua keadaan sekalipun.

Awang Selamat merupakan penjaga kepada Puteri Saadong yang merupakan legenda rakyat Kelantan.

Alias juga berharap Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 yang diterima 1,595 penerima terdiri daripada warga pendidik, staf sekolah dan pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) serta Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) hari ini dapat menyuntik semangat mereka untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang bagi memartabatkan pendidikan di Kuala Lumpur. 

"Kita perlu jadikan kejayaan hari ini menjadi kejayaan yang lebih besar bagi meneruskan kecemerlangan untuk anak bangsa pada masa hadapan, " katanya katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  2017 di sini hari ini.

Sejumlah 1,595 warga pendidik, staf sekolah dan pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) serta Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) menerima APC 2017 hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan JPWPKL,  Rusni Ab Jalil dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Wilayah Persekutuan.

Setiap  penerima APC 2017 menerima pembayaran insentif kewangan bernilai RM1,000 menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang menawarkan kemudahan dan faedah yang sama bagi menggantikan Sijil Simpanan Premium (SSP),  Bank Simpanan Nasional (BSN) beserta sijil penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tambah beliau lagi, dalam menghadapi persaingan ekonomi global abad ke-21, negara bergantung kepada rakyat yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten seterusnya mencapai taraf ekonomi yang lebih baik.

Katanya, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara, bangsa dan pengukuhan perpaduan justeru dapat meningkatkan taraf individu sekali gus menjadikan mereka anggota masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara. - Bernama