Ketua Operasi Pusat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Besar, Siti Zuhana Mat Saad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki berusia 75 tahun berhubung kejadian itu.

"Menurut maklumat awal, lelaki itu yang ditemani seekor anjing peliharaannya untuk menjaga kebun buah-buahannya sedang asyik membalut buah mempelam harumanis.

"Namun, dia tidak menyedari ular itu berada tidak jauh di belakangnya terkejut kerana salakan anjingnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ular tedung selar sepanjang tiga meter dengan berat sembilan kilogram itu kemudian beredar sebelum melilit pokok manggis berdekatan.

"Kira-kira empat pegawai dan anggota APM Perlis mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tedung selar yang agak agresif itu dengan menggunakan peralatan khas.

"Reptilia itu kemudian dimasukkan ke dalam sarung khas sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis," katanya. - K! ONLINE