Tertuduh, Hashim Karim yang berusia 68 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap bayi yang diasuh oleh menantunya di sebuah rumah teres terletak di Shah Alam, Selangor pada 20 Ogos lalu.

Hakim Muhammad Kamil Nizam membuat keputusan selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin supaya mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap mangsa.

“Kesalahan ini sangat serius apatah lagi ia berlaku pada seorang kanak-kanak berusia 11 bulan dan pakar sudah mengesahkan kecederaan kekal pada selaput dara mangsa yang seumpama cucu kepada tertuduh dan sepatutnya sebagai orang dewasa tertuduh menjaga kanak-kanak ini dengan baik.

“Pohon supaya hukuman berat dikenakan walaupun tertuduh sudah berusia 68 tahub namun hukuman sebatan masih boleh digunakan dalam kesalahan seksual dan ini adalah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuan di hadapan hakim memberitahu, meminta supaya dikurangkan hukuman dia tidak selesa berada dalam lokap polis termasuk mengalami muntah dan masih mempunyai anak yang sedang bersekolah serta tidak bekerja. - K! ONLINE