Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Swee Ah Peng berusia 60-an tahun mengalami kecederaan ringan dan dirujuk di Hospital Mersing di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Suprintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu awal pagi tadi.

“Jalan terbabit telah ditutup sepenuhnya untuk kegunaan awam. Laluan tersebut tisak selamat untuk digunakan oleh mana-mana kenderaan buat masa sekarang.

“Buat masa sekarang, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Nitar - Jemaluang yang menghubungkan Johor Bahru dan Mersing,” katanya.