Pengakuan S. Anita, 39, direkodkan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam Bahasa Malaysia. 

Tertuduh yang beralamat di Bukit Setongkol di sini, didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Jun 2014 hingga 10 Julai 2015 di pejabat majikannya iaitu Syarikat Gilson Fire Sales & Services di sini. 

Wanita bertubuh kecil itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menunaikan 61 keping cek milik syarikat itu ke dalam akuan Public Bank miliknya untuk kegunaan diri sendiri. 

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama