Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, P. Komathi, 42, kemudiannya dibawa lari menggunakan kereta Proton Satria berwarna biru. 

Insiden tersebut kemudiannya menjadi tular apabila video berdurasi 2 minit 34 saat dimuat turun dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dilakukan oleh anak perempuan mangsa berusia 13 tahun mendapati dua suspek termasuk ayahnya telah pergi ke tempat kerja ibunya. 

Katanya, kedua-dua suspek tersebut itu ialah N. Somoo, 37, yang merupakan suami mangsa dan rakannya hanya dikenali  sebagai Mogan. 

"Suami mangsa telah bertindak mengheret isterinya dan memaksa memasuki kenderaan jenis Proton Satria.  

"Suspek juga menetak mangsa menggunakan parang panjang sebelum beredar membawa isterinya menggunakan sebuah kereta," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Jelas beliau, usaha mengesan suspek dan mangsa sedang dilakukan oleh pihaknya. - K! ONLINE