Tertuduh, Olivia Chong Oi Yun, 34, dituduh melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 1.20 pagi 8 Julai 2018 di Jalan Chong Thien Vun hadapan Pusat Komersil BDC (1 Arena) ketika memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol yang banyak dalam badan sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah.

Kesemua yang maut ialah Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vui Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16 dan Chung Vui Chan, 21, manakala yang cedera parah ialah Ching Guan Xiong, 21.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia lengkap tertuduh serta kesemua mangsa. - Bernama