Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk mencapai matlamat ini, kaum Adam hendaklah mengubah sikap dan lebih menyokong kepada kaum Hawa.

Beliau berkata, lelaki Islam perlu membuang sikap cauvinis yang diwarisi dalam beberapa budaya tempatan.

"Kita tidak mungkin dapat capai keadilan sosial dengan hanya bersandarkan terjemahan yang condong dan tidak adil. Maruah manusia, kesejahteraan dan peningkatan taraf masyarakat tanpa mengira jantina, kaum, taraf atau etnik  dalam masyarakat yang tergolong aman dan bertoleransi adalah paling penting. 

"Tetapi semua ini hendaklah termasuk kaum lelaki," katanya pada ucaptama beliau pada Forum Kepimpinan Islam (WMLF) di Lambeth Palace di selatan London pagi Khamis.

Wan Azizah yang tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari ke United Kingdom, bersama para pemimpin Islam yang lain dari pelbagai rantau dunia ini bagi membincangkan isu penting, mendepani cabaran dan menyediakan penyelesaian inovatif untuk menyingkir persatuan-persatuan yang wujud antara pengganas dan Islam. - Bernama