Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Februari depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Nor Hapipah Abdullah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi sambil diiringi anggota polis.

Sebelum ini, dua anak wanita berkenaan masing-masing lelaki dan perempuan berusia 36 dan 39 tahun telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad lalu, pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia, Adelina Lisao, 26, meninggal dunia disyaki akibat didera. - K! ONLINE