Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, Piah Limbongot meninggal dunia di lokasi manakala seorang lelaki, Adrian Sha pula melecur dan cedera pada bahagian kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, seramai sembilan anggota dan dua jentera dikerahkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.48 petang.

“Setibanya di sana, kami mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar.

"Seorang wanita warga emas rentung manakala seorang lelaki cedera dan melecur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa cedera seterusnya dihantar ke hospital manakala mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi tamat pada pukul 4.30 petang. - K! ONLINE