Wan Azizah bertemu dan menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Basirah Sardiq Muhammad, 49, selain turut menyampaikan sumbangan.

"Kita kehilangan lagi seorang ADUN di Selangor daripada parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam usia muda. Saya dengar Yang Berhormat (Allahyarham) seorang yang gigih bekerja dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya berharap isteri dan keluarga Allahyarham bersabar dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin apatah lagi meninggal dunia pada hari Jumaat," katanya kepada Bernama di sini.

Bakhtiar, 57 meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir di sini, 3 petang tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu, Bakhtiar memenangi kerusi DUN Semenyih dengan mengalahkan tiga calon lain iaitu Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS)  dan S. Arutchelvan (PSM). - Bernama