Beliau berkata, hampir setiap hari ada sahaja berita mengenai kes itu yang kini dilihat seakan-akan menjadi trend dalam kehidupan masyarakat di negara ini.

"Saya rasa gundah-gulana kerana lihat trend menjadi menggila dan berleluasa, hari-hari ada masalah ini yang melanda negara kita. Mengapakan penjenayah seksual ini bertindak sedemikian? Adakah disebabkan penyakit?

"Justeru, kita mesti menjaga mereka (anak-anak istimewa) setiap masa, jaga persekitaran jika kita lihat ada sesuatu yang tidak kena dan jika kita lihat anak-anak itu beri reaksi berlainan, kita mesti beri amaran kepada mereka yang menjaganya," katanya ketika berucap pada program Sayangi Anak-anak Istimewa di bawah Naungan Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, anggota Exco kerajaan negeri Selangor Izham Hashim dan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang juga pengarah program itu, Halimey Abu Bakar. - Bernama