Beliau yang tiba pada kira-kira pukul 9.05 minit pagi tadi di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis, Kajang bagi menziarahi jenazah Allahyarham, menitipkan doa agar roh arwah dicucuri rahmat. 

"Kita sedih kehilangan beliau yang juga Exco Selangor. Kita doakan roh diberi segala pengampunan dan mendapat reda Allah serta ditempatkan bersama orang beriman," katanya ketika ditemui pemberita. 

Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni yang turut ditemui di masjid sama menyifatkan Allahyarham seorang ilmuan dan aktivis yang sangat komited dengan tugas. 

"Allahyarham juga seorang yang mempunyai wawasan yang jelas dalam membangunkan masyarakat negeri dengan budaya ilmu. Beliau juga seorang rakan yang baik, bagi saya pemergian beliau satu kehilangan besar bagi negeri Selangor," katanya. - Bernama