Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, peristiwa hitam yang berlaku di New Zealand perlu dijadikan iktibar bagi seluruh rakyat menentang sebarang bentuk kebencian dan menyuburkan kedamaian.

"Kita ingin kedamaian, inilah diajar dalam al-Quran, kedamaian merupakan kunci kebahagiaan dan hanya akan dapat diterjemahkan melalui kesatuan, apabila hati kita saling meraikan dan memahami, bagaimana kita berinteraksi dengan seluruh masyarakat," katanya.

Menurutnya, kedamaian merupakan kunci kepada kebahagian dalam kehidupan. 

Perhimpunan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu itu turut disertai ibu saudara Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terbunuh dalam kejadian yang mengorbankan 50 orang itu, sebagai wakil keluarga mangsa kejadian itu. - Bernama