Naib Canselor UMT,  Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, Wakaf Ilmu UMT mengambil inspirasi daripada Universiti al-Azhar, Mesir yang menjadikan sistem wakaf sebagai sumber utama dalam pembangunan sesebuah institusi pendidikan tinggi.

"Wakaf Ilmu UMT telah berkuat kuasa bermula 7 Mac lalu setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Ia membolehkan mana-mana individu atau organisasi untuk berwakaf kepada UMT bagi membiayai pembangunan keilmuan, pembelajaran, pengajaran dan kebajikan pelajar," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir.