Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Sebangkoi Baru, Simunjan itu meninggal dunia pada pukul 12.06 tengah hari tadi.

Menurut beliau, murid tahun lima itu telah menunjukkan tanda dan gejala sakit, lemah pada lengan kanan dan muntah pada 18 April lalu.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian pada 19 April bagi rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, keadaan mangsa semakin tenat dan dia diserang sawan pada 22 April lalu. Mangsa kemudian dirujuk ke HUS dan sampel klinikalnya didapati sah positif rabies," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tambahnya, wabak rabies di Sarawak kini mengakibatkan lapan mangsa meninggal dunia, manakala seorang lagi masih bertarung nyawa. - K! ONLINE