Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekalipun tulen, namun hasil proses pengecaman wajah (facial recognition) adalah negatif.

"Ia tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan," jelasnya dalam kenyataan itu.

"Mereka (Cybersecurity) kata tulen tetapi tidak dapat mengesahkan siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

Beliau menambah, hasil siasatan pihak polis mendedahkan wujud pakatan jahat didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

Isu video lucah hubungan songsang itu menjadi perhatian selepas Haziq yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin membuat pengakuan dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet.