Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dan disambut oleh ratusan pengunjung dengan sebilangan daripada mereka melaungkan "Bossku" berkali-kali. 

Najib yang memakai baju-T lengan pendek warna hijau juga dilihat meluangkan masa untuk berswafoto dengan sebilangan besar pengunjung.

Semalam, beliau turut memaklumkan kedatangannya di Tesco Peringgit menerusi laman sosial Facebook. 

Najib kemudian bergerak ke Klebang untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan solat maghrib serta tarawih di kediaman Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad malam ini. - K! ONLINE