Berita itu dikongsi cucunda baginda, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi laman Instastory akaun miliknya sebentar tadi.

Portal berita Bernama melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 8.50 pagi ini.

Sementara itu di Kuantan, Wan Rosdy secara rasmi mengumumkan kemangkatan Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad pagi tadi.

Menerusi kenyataan kepada media, Wan Rosdy memaklumkan Almarhum Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat pada pukul 8.50 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

"Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syuhada," ujar beliau. - K! ONLINE