Ini berikutan kekhilafan imam tidak menurut rukun solat selepas didapati tidak membaca satu ayat di dalam surah al-Fatihah dengan solat itu diteruskan sehingga selesai.

Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam, Fadli Mohd. Yusuf berkata, kejadian terbabit disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai solat itu.

Katanya, beberapa ahli kariah kemudiannya mempersoalkan kepada pihak masjid sama ada solat itu sah atau perlu diqada semula.

"Kami kemudiannya terus merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.

"Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid mengemukakan alasan bahawa rukun solat adalah perlu membaca al-Fatihah dengan tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 58 saat tular di laman sosial berhubung solat tersebut yang jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah al-Fatihah. - K! ONLINE