Dalam kejadian pukul 7 malam, mangsa, Khorilsyahrulnizam Che Norizam,15, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah PPR itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan sekolah.

“Sebelum kejadian, mangsa mengadu kepada bapanya dia mengalami sakit kepala sebelum lelaki itu mengarahkan anaknya itu untuk tidur, namun mangsa bertindak ke tandas sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

“Pengadu (bapa mangsa) bertanyakan kepada isterinya punca bunyi dentuman itu sebelum dimaklumkan anak mereka terjatuh ke bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa demam sejak tiga hari lalu dan mengadu sakit kepala sebelum ditemui maut hari ini.

Menurutnya lagi, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh bapanya sendiri sebelum disahkan meninggal dunia. - K! ONLINE