Seorang petugas kempen PH dari Lembah Klang memaklumkan Kosmo!, dia dan rakan-rakannya telah meninggalkan DUN Rantau selepas mendapat maklumat bahawa calon mereka, Dr. S. Streram gagal memenangi PRK berkenaan.

"Maklumat Bilik Gerakan Utama (BGU) kami memaklumkan Tok Mat (calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menang. Kami rasa tidak perlu tunggu lagi di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohamad, 63, yang juga penyandang kerusi DUN Rantau dipercayai berjaya menewaskan calon PH dan dua calon Bebas dengan majoriti kira-kira 3,800 undi.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum pukul 10 malam ini. - K! ONLINE