Dalam video berdurasi 29 saat itu kelihatan lapan lelaki termasuk seorang pengawas telah menyepak dan memukul pelajar tersebut menggunakan sebatang kayu.

Malah, sambil memukul pelajar tersebut, kesemua lapan pelajar itu juga menyanyikan lagu "Happy Birthday Khairul".

Difahamkan, ia merupakan amalan biasa pelajar menyambut hari lahir.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan ketika mengulas kejadian itu memberitahu, satu siasatan sedang dijalankan bagi menyiasat secara terperinci berhubung kes tersebut.

Katanya, siasatan tersebut akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi dan sekolah berkenaan telah dikenalpasti. - K! ONLINE