Katanya, beliau menolak sebarang amalan 'gutter politics' (politik kotor) kerana beliau telah melalui pengalaman tersebut.

"Saya menolak 'gutter politics' ini sebab saya dah laluinya (dan) saya bersimpati dengan keluarga Azmin," katanya ketika mengulas pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lelaki dalam video seks membabitkan menteri berkenaan.

Beliau menegaskan, politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sebalik semua pihak perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara.

"Kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai semua kerana kita nak bangunkan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran suaminya, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, malam ini.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai kononnya video berkenaan dicipta olehnya dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertujuan untuk memecah belahkan parti, Presiden PKR itu berkata ia merupakan satu fitnah.

"Apa alasan untuk kita buat ? Ada yang kata sebab ancaman, ancaman apa?," katanya. - Bernama