"Kenapa bincang? Ia tiada dalam agenda," katanya sambil tertawa, ketika ditanya pemberita tentang perkara itu selepas menghadiri program 'Bicara Ilmu Sri Satria' di Sri Satria, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk membawa isu video kontroversi itu kepada majlis presiden Pakatan Harapan bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam parti dan memastikan keyakinan rakyat, Wan Azizah berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

"Mana-mana parti akan ada sedikit sebanyak perbezaan politik antara mereka sendiri. Ia sebahagian daripada apa jua yang berlaku dalam arena politik," katanya.

Beliau berkata, pada masa itu isu video itu beransur-ansur selesai dan mula reda. - Bernama