“Betul (mengadakan pertemuan dengan Haziq). Saya telah serahkan semua maklumat kepada polis dan beri ruang untuk polis menjalankan siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan qasaf di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)  di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hilman enggan mendedahkan dan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.

Terdahulu, Haziq dalam satu kenyataan terbaharu menerusi akaun Facebooknya mendakwa, Azmin telah menghantar Hilman untuk mengadakan pertemuan dengannya di Restoran Zest, Hotel Marriot Putrajaya.

Menurutnya, pertemuan itu dijalankan agar Hilman dapat menenangkan dirinya selepas takut ekoran video intim bersama individu menyerupai Azmin tular.

Haziq juga mendakwa, Hilman juga telah memaksa untuk menafikan bahawa dirinya terlibat dalam video yang tular itu.

“Hilman juga meminta saya berbohong untuk dirinya. Saya meminta sedikit masa untuk memberitahu ibu bapa saya sehingga menyebabkan dia marah.

“Selepas saya menolaknya, dia membuat ugutan dan berkata perkara ini perlu berakhir dalam tempoh 48 jam sama ada dengan atau tanpa pertolongan saya untuk berbohong,” katanya. - K! ONLINE