"Difahamkan oleh sumber polis bahawa Haziq telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang," lapor sebuah portal berita tempatan hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi Kosmo! bagaimanapun belum dapat mengesahkan lagi penahanan Haziq buat masa ini.

"Setakat ini, saya masih belum terima maklumat mengenai penahanan Haziq. Perkara ini akan dimaklumkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Kosmo! difahamkan kenyataan rasmi berhubung penahanan Haziq akan dikeluarkan oleh Bukit Aman dalam masa terdekat. - K! ONLINE