Beliau hadir ke sana dengan menaiki sebuah kereta rasmi polis jenis Proton Preve berwarna kelabu dan diiringi oleh beberapa pegawai polis.

Peguam beliau, Ramesh Sivakumar yang ditemui berkata, pihaknya belum dapat bertemu dengan Haziq Abdullah lagi.

“Kami belum dapat memastikan sama ada dia akan dibebaskan atau direman.

“Biar saya masuk ke dalam balai terlebih dahulu,” katanya di sini hari ini.

Pagi tadi, Haziq Abdullah telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. - K! ONLINE