Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan di Shah Alam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan sekaligus menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes berkenaan seramai 11 individu.

“Pihak polis akan memohon lanjutan reman terhadap individu-individu yang akan tamat reman pada hari ini dan esok.

“Permohonan itu (lanjutan reman) akan dibuat jika pihak kita (polis) memerlukan lebih masa bagi melengkapkan siasatan,”katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kem Bina Semangat, di sini, hari ini.

Terdahulu seramai lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes penyebaran video tersebut telah dibebaskan selepas tamat perintah reman mereka dua hari lepas.

Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq Abdullah pula akan tamat pada hari ini. - K! ONLINE