Timbalan Presiden PKR itu yang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap siasatan itu turut berharap proses siasatan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

"Saya telah memberikan sepenuh komitmen dan saya harap tiada siapa yang mengganggu tugas mereka (untuk menyiasat), let them do their job," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Akrab Aidilfitri Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini yang turut dihadiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

Mohamed Azmin berkata, setakat ini polis belum memanggilnya bagi membantu siasatan tetapi telah mengambil keterangan pembantunya Muhammad Hilman Idham, semalam (14 Jun) dan akan disambung pada Isnin (17 Jun). - Bernama