Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, suspek yang berusia lingkungan 27 tahun telah ditahan dua anggota polis bantuan yang bekerja di stesen LRT Universiti.

Anggota polis bantuan terbabit kemudian telah menghantar gambar suspek kepada mangsa bagi tujuan pengesahan dan pengecaman sebelum diserahkan ke Balai Polis Pantai, Brickfields kira-kira pukul 11 pagi untuk tindakan lanjut.

Kejadian berkenaan terdahulu berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di dalam tren berkenaan pada Selasa lalu sebelum memuatnaik dua buah video berdurasi 17 saat dan 8 saat di laman sosial Twitter milik RapidKL. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya mengesahkan tangkapan yang dilakukan terhadap suspek.

“Saya mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kita akan reman suspek selama tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE