Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.19 petang di mana suspek telah memeluk mangsa dari arah belakang sebelum melarikan diri.

“Susulan kejadian terbabit, bapa mangsa telah membuat laporan polis selepas dimaklumkan isterinya mengenai insiden itu membabitkan anak mereka kira-kira pukul 8 malam pada hari yang sama.

“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 51 saat di laman sosial yang menyaksikan perbuatan terkutuk suspek memeluk mangsa dari arah belakang sebanyak dua kali sebelum melarikan diri. - K! ONLINE