Jurucakap bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.54 malam dengan sejumlah anggota dan pegawai dari lima buah balai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan usaha memadamkan kebakaran sedang giat dilakukan pihak bomba.

"Kebakaran itu telah mengakibatkan kira-kira 1.2 hektar kawasan musnah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan pihaknya. - K! ONLINE