Jenazah Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, dan isteri, Siti Nur Shahila Asla, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib di sini pada pukul 9.15 malam.

Terdahulu jenazah pasangan tersebut disembahyang di Masjid Kampung Padang Nenas di sini selepas solat Maghrib.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian tersebut apabila ibu Siti Nur Shahila, Saripah Mohd., 53, tiba-tiba rebah sewaktu talkin sedang dibacakan.

Dia yang gagal menahan sebak kemudiannya terpaksa dipimpin ahli keluarga lain untuk menyiram air mawar di pusara Siti Nur Shahila dan menantu lelakinya, Hafiiz.

Sebelum ini, Saripah turut rebah sewaktu tiba di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk melakukan pengecaman mayat anak dan menantunya pada pukul 1.17 petang.

Sementara itu, jenazah Anuar Said, 59, dan isteri, Che Khasliza Che Hussin, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sura Tengah, Dungun pada pukul 9 malam.

DUNGUN - Jenazah Anuar Said, 57, dan Che Khasliza Che Husin, 53, selamat dikebumikan di Tanah Perku
Jenazah Anuar dan Che Khasliza (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sura Tengah, Dungun malam ini.

Keempat-empat mangsa termasuk Siti Nur Shahila yang sedang hamil anak sulung maut selepas kedua-dua kereta yang masing-masing dinaiki pasangan bertembung semasa sendiri pada pukul 9.20 pagi. - K! ONLINE