Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, kesemua yang cedera berusia 20-an dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.37 petang sebelum sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Pelabuhan Klang.

Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 6.12 petang berikutan jarak ke tempat kejadian 22 kilometer.

"Setibanya di lokasi kejadian, anggota mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kilang kelas A yang mana salah satunya terbakar sepenuhnya sementara selebihnya terbakar 50 peratus.

"Kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 12.40 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE