Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini. - Bernama